Nak Start Berniaga?

Nak start berniaga?

Nak start berniaga adalah idaman kebanyakan orang, apatah lagi ada perniagaan yang sangat mengUNTUNGkan. Wahhh sayalah dan boleh hidup senang lenang.Ohh indahnya hidupku…

Bila dah ada perniagaan, saya mula dapat GAJI yang saya idamkan. Saya boleh bekerja MASA yang saya tetapkan sendiri dan boleh pergi holiday keserata dunia.

 

Tetapi berapa ramai mereka diluar sana yang GAGAL dalam perniagaan mereka? Ramai yang gagal dalam busines kerana tidak pandai urus duit, kurang pengalaman dan paling utama selepas beberapa tahun, mereka mula tersedar yang mereka menjalankan perniagaan yang SALAH.

Ini 3 perniagaan yang TERUK jika dimulakan.

 

1. Membuka Kafe
Memulakan pernigaan kafe nampak GAH, apa lagi hipster kafe. Trending apa sekarang ni kan. Menjual “Coffee Latte” dengan harga RM10.00, egg toast dengan harga RM12.00 bestkan. Boleh jual dengan harga yang lebih mahal semestinya untung juga lebih banyak.

TETAPI tanpa sedar, mereka tidak tahu kos sewa kedai adalah sangat mahal. Untuk buka kafe hipster lokasi semestinya BEST dan sewa kedai di sana juga BEST. Contoh sewa RM20,000. Deposit adalah 3 bulan jadi kos permulaan adalah RM20,000 x 3 bulan + sewa bulan pertama. Nah bukankah ianya RM80,000. Belum lagi masuk kos untuk renovate dan juga barangan asas coffe latte dan egg toast di kafe. Bagaimana pula dengan kos untuk bayar pekerja dikafe?

Kos yag TINGGI sebegini, agaknya berapa lama ye tempoh masa yang diperlukan untuk dapatkan kos asal ni? dan berapa lama pula masa yang kita perlu untuk mula dapat UNTUNG. Adakah kafe bagus untuk mereka yang nak Start Berniaga?

2. MLM

Menjadi Agent product

Cara untuk jadi agent product sangat mudah. Anda hanya perlu contact admin di web barangan tersebut dan inform untuk jadi agent mereka. Nyatakan hasrat anda dan tanyakan apa syarat untuk jadi agent. Kebiasaannya syarat nya mudah dan yuran agent juga tidak lebih dari RM100 untuk seumur hidup. Selepas berjaya menjadi agent, anda sudah boleh mula mempromosi product tadi di mana-mana platform untuk anda dapat sales.

Cerita beli rumah untuk disewa

Bismillah

Kongsi cerita
Ahmad ada 50K duit. Dia buat keputusan untuk beli rumah apartment yang bernilai 250K. 50K tadi dia guna sebagai deposit dan persiapan ringkas rumah tersebut untuk disewa. Sewa rumah tersebut kurang RM300 dan ahmad ‘ top up’ guna wang poket.
Selepas 5tahun MV rumah tadi naik kepada 400K kerana adanya stesen MRT dengan jarak 1km.
Ahmad ada 2 pilihan
1. Jual rumah tersebut dan dapat untung untuk beli rumah lain. Ada rumah lain yang dijual dengan harga 300K, boleh disewa dengan harga yang lebih mahal.
2. Naikkan sewa rumah dan tidak perlu ‘top up’ untuk bayar loan guna duit poket lagi. Malah dapat lebihan duit RM200 sebulan.

Yang mana satu pilihan tepat. Jika awak ditempat ahmad apa keputusan yang awak buat???

 

Top Producer for Month of June 2018

Screen Shot 2018-07-10 at 11.38.57 PM

Bismillah

Kita biasa dengar, belajar dari kejayaan seseorang. Hanya tiru apa yang telah mereka lakukan. Ida punya persepsi yang berbeza. Ida suka belajar dari mereka yang gagal. Apa yang menyebabkan mereka gagal. Apa yang telah dilakukan oleh mereka adalah perkara yang paling penting, dimana kita berusaha supaya tidak melakukan sesuatu yang sama.

Kejayaan seseorang tidak sama dengan seseorang yang lain, kerana setiap dari kita dicipta unik oleh yang Maha Esa. Kejayaan yang kita cipta juga berbeza dan berbanggalah dengan kejayaan diri sendiri. Namun jangan sesekali leka dan alpa yang kita senantiasa harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari diri kita sebelum ini.

Tahniah buat “Top Producer June 2018”

Top Producer Mei 2018

Screen Shot 2018-05-29 at 6.54.44 AMBismillah.

Alhamdulillah syukur dibulan puasa sales mereka mencanak naik. Adakah ini penangan puasa? Lonjakan sales Mei berbanding April adalah 2 kali ganda. Apa yang menjadi sebab mereka berlumba setiap bulan untuk berada di top 5 adalah kerana big why mereka. Tahniah dan teruskan lonjakan demi lonjakan. Bandingkan pencapaian kita sekarang dengan pencapaian kita sebelum ini.

Hidayah Ismail

 

Hutang Negara Vs Hutang Individu

Bismillah. Kita masih dibulan Ramadhan yang mulia. Ida nak share kisah hutang petang ni. Hutang ni secara mudahnya ada hutang sihat dan juga hutang tidak sihat. Setiap dari kita tidak terlepas dari berhutang dengan bank / koperasi / dari individu tertentu. Yang penting bukan hutang dengan along ye.

Contoh mudah disini, Ida mempunyai pendapatan RM5000 sebulan. Ida akan membuat hutang yang asas untuk membeli rumah dan kereta. Semestinya beli secara hutang dengan bank. Berapa harga rumah dan kereta yang mampu dibeli oleh Ida? Seperti yang kita sedia maklum, bank ada pengiraannya. Secara asas hutang secara sihat yang Ida boleh buat adalah sehingga 60% dari pendapatan bersih Ida. Mengikut pengiraan, Ida mampu bayar dan kerana itu bank percaya untuk memberi hutang tadi kepada Ida. Jumlah hutang 60% dari RM5000 adalah RM3000.

Seterusnya Ani mempunyai pendapatan sebanyak RM30,000 sebulan. Semestinya Ani akan membeli rumah dan kereta yang jauh lebih selesa malah mewah bagi Ida. Mungkin juga Ani mempunyai lebih dari sebuah rumah. Ani bekerja sebagai Ketua Cawangan di salah satu syarikat terkemuka di Malaysia. Pengalaman bekerja selama 10 tahun di syarikat yang sama dan mendapat kenaikan gaji 5-10% setiap tahun juga berjaya naik pangkat 4 kali dalam tempoh 10 tahun. Pihak syarikat Ani juga rekomen Ani kepada pihak bank kerana Ani adalah aset kepada syarikat. Katakan secara total hutang Ani adalah 65% dan berjumlah RM19,500. Jumlah yang besar bagi Ida namun sedikit bagi ani dan juga pihak bank kerana kemampuan Ani berbanding Ida.

Apa yang kita dapat belajar dari perbandingan ini? Hutang sedikit atau banyak adalah nilai yang berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jumlah pendapatan mereka dan keupayaan mereka untuk membayar hutang tadi. Adakah individu yang tidak membuat hutang itu lebih baik dari mereka berdua? Jawapannya tidak kerana agak mustahil atau si dia sebenarnya tidak bijak menggunakan keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya menggunakan kelebihan hutang ini. Namun ianya harus digunakan secara sihat. Ye inilah dia hutang sihat.

Apakah dia hutang tidak sihat?

Mudah jika kita berhutang lebih dari kemampuan kita. Berhutang sehingga 80-90% dari pendapatan kita dan kita hanya menggunakan pendapatan kita hanya untuk membayar hutang sahaja. Akhirnya kita hanya makan mee maggi setiap hari.

Hutang Negara Vs Hutang Individu

Jika kita faham penerangan Ida diatas maka kita faham situasi hutang negara kita sekarang. Penerangan lebih jelas dari chart dibawah. Hutang vs pendapatan.

hutang negara 2

Nota: Sumber gambar dari bank negara Malaysia

Sekian

Hidayah Ismail

2% + 5%

Bismillah.

Kecoh pasal 2% ni. Kenapa orang ramai kecoh. Ye benar setiap apa yang kita buat mustahil 100% bersetuju. Malah ini tidak mungkin terjadi dan ialah memang mustahil. Kerana kita manusia yang penuh dengan khilaf. Pada pandangan Ida ada baik dan buruknya. Namun kita sudah dididik, untuk melihat kebaikan lebih dari keburukan.

Jom kita lihat kebaikan caruman 2% ni. Kita kira-kira berapakah jumlah simpanan yang bakal puan isteri bakal ada. Contoh dibawah pengiraan jika en suami bergaji RM3500 (katakan en suami berumur 30tahun dan bergaji taraf biasa).

Jumlah wang yang disimpan adalah RM36,000

Jumlah wang terkumpul RM72,163.37

Jumlah dividen sahaj RM72,163.37 – 36,000 = RM36,163.37 (extra 50% dari jumlah simpanan). Langkah simpan paksa diplatform yang tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan ini bakal menguntungkan puan isteri dan juga en suami.

En suami yang mithali secara tidak langsung menyimpan demi puan isteri dan diri sendiri. Maka berlapang dadalah en suami mencarum untuk puan isteri ye. Pulangan nya adalah 50% ye. Akhir kata senyum dan tidurlah. Esok jangan lupa bangun sahur.

Ulasan peribadi

Hidayah (Unit Trust Consultant)

Screen Shot 2018-05-28 at 1.21.15 AM

Screen Shot 2018-05-28 at 1.18.14 AM

Idola pelaburan tersohor dunia Warren Buffet

warren buffet

Tidak dapat dinafikan lagi pelaburan adalah salah satu gunung kekayaan dunia yang dipercayai oleh billionaire dunia dari dulu hingga sekarang. Kerana ini, maka ramailah antara kita ingin menjadi jutawan dengan cara pelaburan. Namun tidak ramai yang mahu menunggu dalam tempoh yang lama untuk menjadi kaya.

Kebanyakan dari kita mahu dalam tempoh yang singkat atau seboleh-bolehnya dalam tempoh sehari semalam atau secara magic sekelip mata. Kerana ketamakan inilah ramai antara kita akhirnya berputih mata akibat kehilangan kesemua wang yang ada malah ada juga yang kerugian wang pinjaman dari bank. Lebih teruk pinjaman dengan along.

Betulkan pemahaman

Pelaburan perlukan jangka masa yang panjang dan tiada jalan singkat bagi mengumpul kekayaan dari pelaburan wang. Guru pelaburan telah pun membuktikan formula 72 untuk pelaburan wang. Apakah ia formula 72 ?

Peraturan 72 adalah formula mudah digunakan untuk menganggarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan. Peraturan 72 terutamanya digunakan dalam keadaan cuff di mana seorang individu perlu membuat pengiraan cepat dan bukannya mengolah masa yang tepat untuk menggandakan pelaburan. Juga, seseorang lebih cenderung untuk mengingati peraturan 72 daripada formula tepat untuk menggandakan masa atau mungkin tidak mempunyai akses kepada kalkulator yang membolehkan logaritma:

Tahun berganda = 72 / Kadar Faedah

Sebagai contoh; Ida labur 200K pada tahun 2010 dengan potensi dividen 10% setiap tahun, pada tahun ke berapakah duit Ida berganda sekali ganda?

Jawapan : Pada tahun ke 2017. Cara kiraan:  72/10 = 7.2 bermaksud selepas 7.2 tahun duit 200K akan jadi 400K. senang kan.

Nasihat Warren Buffet

  1. Ada 2 peraturan pelaburan, peraturan 1; Jangan hilang wang anda dan peraturan ke2; lihat semula peraturan 1.
  2. Harga dan Nilai adalah berbeza; Harga adalah apa yang anda bayar manakala Nilai adalah yang kita dapat.
  3. Pulangan tinggi risiko rendah; Setiap pelaburan ada risiko dan pulangan, sebelum mulakan pelaburan ambil tahu ratio risiko vs pulangan.
  4. Berkawan dengan orang yang betul; Kita adalah siapa kawan-kawan kita, mahu berjaya dan kaya, berkawanlah dengan mereka yang berjaya dan kaya.
  5. Mudah lihat masa lampau berbanding masa depan; Dalam dunia pelaburan melihat apa yang sudah berlaku adalah lebih mudah berbanding apa yang bakal berlaku.
  6. Beli syarikat hebat; Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat
  7. Imej dan Reputasi; Ia mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi anda, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.
  8. OK untuk bermimpi kaya; Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.
  9. Melabur untuk jangka masa panjang; Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.
  10. Beli seolah-olah anda akan memegangnya selama-lamanya; Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.

Bersedia untuk melabur untuk selama-lamanya Langkah Mudah untuk Perancangan Pelaburan Berkesan !!!