Nak Start Berniaga?

Nak start berniaga?

Nak start berniaga adalah idaman kebanyakan orang, apatah lagi ada perniagaan yang sangat mengUNTUNGkan. Wahhh sayalah dan boleh hidup senang lenang.Ohh indahnya hidupku…

Bila dah ada perniagaan, saya mula dapat GAJI yang saya idamkan. Saya boleh bekerja MASA yang saya tetapkan sendiri dan boleh pergi holiday keserata dunia.

 

Tetapi berapa ramai mereka diluar sana yang GAGAL dalam perniagaan mereka? Ramai yang gagal dalam busines kerana tidak pandai urus duit, kurang pengalaman dan paling utama selepas beberapa tahun, mereka mula tersedar yang mereka menjalankan perniagaan yang SALAH.

Ini 3 perniagaan yang TERUK jika dimulakan.

 

1. Membuka Kafe
Memulakan pernigaan kafe nampak GAH, apa lagi hipster kafe. Trending apa sekarang ni kan. Menjual “Coffee Latte” dengan harga RM10.00, egg toast dengan harga RM12.00 bestkan. Boleh jual dengan harga yang lebih mahal semestinya untung juga lebih banyak.

TETAPI tanpa sedar, mereka tidak tahu kos sewa kedai adalah sangat mahal. Untuk buka kafe hipster lokasi semestinya BEST dan sewa kedai di sana juga BEST. Contoh sewa RM20,000. Deposit adalah 3 bulan jadi kos permulaan adalah RM20,000 x 3 bulan + sewa bulan pertama. Nah bukankah ianya RM80,000. Belum lagi masuk kos untuk renovate dan juga barangan asas coffe latte dan egg toast di kafe. Bagaimana pula dengan kos untuk bayar pekerja dikafe?

Kos yag TINGGI sebegini, agaknya berapa lama ye tempoh masa yang diperlukan untuk dapatkan kos asal ni? dan berapa lama pula masa yang kita perlu untuk mula dapat UNTUNG. Adakah kafe bagus untuk mereka yang nak Start Berniaga?

2. MLM

Menjadi Agent product

Cara untuk jadi agent product sangat mudah. Anda hanya perlu contact admin di web barangan tersebut dan inform untuk jadi agent mereka. Nyatakan hasrat anda dan tanyakan apa syarat untuk jadi agent. Kebiasaannya syarat nya mudah dan yuran agent juga tidak lebih dari RM100 untuk seumur hidup. Selepas berjaya menjadi agent, anda sudah boleh mula mempromosi product tadi di mana-mana platform untuk anda dapat sales.

Advertisements

Cerita beli rumah untuk disewa

Bismillah

Kongsi cerita
Ahmad ada 50K duit. Dia buat keputusan untuk beli rumah apartment yang bernilai 250K. 50K tadi dia guna sebagai deposit dan persiapan ringkas rumah tersebut untuk disewa. Sewa rumah tersebut kurang RM300 dan ahmad ‘ top up’ guna wang poket.
Selepas 5tahun MV rumah tadi naik kepada 400K kerana adanya stesen MRT dengan jarak 1km.
Ahmad ada 2 pilihan
1. Jual rumah tersebut dan dapat untung untuk beli rumah lain. Ada rumah lain yang dijual dengan harga 300K, boleh disewa dengan harga yang lebih mahal.
2. Naikkan sewa rumah dan tidak perlu ‘top up’ untuk bayar loan guna duit poket lagi. Malah dapat lebihan duit RM200 sebulan.

Yang mana satu pilihan tepat. Jika awak ditempat ahmad apa keputusan yang awak buat???