Idola pelaburan tersohor dunia Warren Buffet

warren buffet

Tidak dapat dinafikan lagi pelaburan adalah salah satu gunung kekayaan dunia yang dipercayai oleh billionaire dunia dari dulu hingga sekarang. Kerana ini, maka ramailah antara kita ingin menjadi jutawan dengan cara pelaburan. Namun tidak ramai yang mahu menunggu dalam tempoh yang lama untuk menjadi kaya.

Kebanyakan dari kita mahu dalam tempoh yang singkat atau seboleh-bolehnya dalam tempoh sehari semalam atau secara magic sekelip mata. Kerana ketamakan inilah ramai antara kita akhirnya berputih mata akibat kehilangan kesemua wang yang ada malah ada juga yang kerugian wang pinjaman dari bank. Lebih teruk pinjaman dengan along.

Betulkan pemahaman

Pelaburan perlukan jangka masa yang panjang dan tiada jalan singkat bagi mengumpul kekayaan dari pelaburan wang. Guru pelaburan telah pun membuktikan formula 72 untuk pelaburan wang. Apakah ia formula 72 ?

Peraturan 72 adalah formula mudah digunakan untuk menganggarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan. Peraturan 72 terutamanya digunakan dalam keadaan cuff di mana seorang individu perlu membuat pengiraan cepat dan bukannya mengolah masa yang tepat untuk menggandakan pelaburan. Juga, seseorang lebih cenderung untuk mengingati peraturan 72 daripada formula tepat untuk menggandakan masa atau mungkin tidak mempunyai akses kepada kalkulator yang membolehkan logaritma:

Tahun berganda = 72 / Kadar Faedah

Sebagai contoh; Ida labur 200K pada tahun 2010 dengan potensi dividen 10% setiap tahun, pada tahun ke berapakah duit Ida berganda sekali ganda?

Jawapan : Pada tahun ke 2017. Cara kiraan:  72/10 = 7.2 bermaksud selepas 7.2 tahun duit 200K akan jadi 400K. senang kan.

Nasihat Warren Buffet

  1. Ada 2 peraturan pelaburan, peraturan 1; Jangan hilang wang anda dan peraturan ke2; lihat semula peraturan 1.
  2. Harga dan Nilai adalah berbeza; Harga adalah apa yang anda bayar manakala Nilai adalah yang kita dapat.
  3. Pulangan tinggi risiko rendah; Setiap pelaburan ada risiko dan pulangan, sebelum mulakan pelaburan ambil tahu ratio risiko vs pulangan.
  4. Berkawan dengan orang yang betul; Kita adalah siapa kawan-kawan kita, mahu berjaya dan kaya, berkawanlah dengan mereka yang berjaya dan kaya.
  5. Mudah lihat masa lampau berbanding masa depan; Dalam dunia pelaburan melihat apa yang sudah berlaku adalah lebih mudah berbanding apa yang bakal berlaku.
  6. Beli syarikat hebat; Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat
  7. Imej dan Reputasi; Ia mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi anda, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.
  8. OK untuk bermimpi kaya; Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.
  9. Melabur untuk jangka masa panjang; Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.
  10. Beli seolah-olah anda akan memegangnya selama-lamanya; Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.

Bersedia untuk melabur untuk selama-lamanya Langkah Mudah untuk Perancangan Pelaburan Berkesan !!!

 

 

Advertisements

Author: Hidayah Ismail

Saya Hidayah Ismail membantu ribuan sahabat menggandakan kewangan mereka di unit amanah public mutual. Juga menyediakan platform kepada mereka yang tak sabar ingin menjana pendapatan sebagai perunding unit amanah. Ramai yang pandai mencari duit tetapi tidak tahu cara prngurusan kewangan dengan betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.