Hutang Negara Vs Hutang Individu

Bismillah. Kita masih dibulan Ramadhan yang mulia. Ida nak share kisah hutang petang ni. Hutang ni secara mudahnya ada hutang sihat dan juga hutang tidak sihat. Setiap dari kita tidak terlepas dari berhutang dengan bank / koperasi / dari individu tertentu. Yang penting bukan hutang dengan along ye.

Contoh mudah disini, Ida mempunyai pendapatan RM5000 sebulan. Ida akan membuat hutang yang asas untuk membeli rumah dan kereta. Semestinya beli secara hutang dengan bank. Berapa harga rumah dan kereta yang mampu dibeli oleh Ida? Seperti yang kita sedia maklum, bank ada pengiraannya. Secara asas hutang secara sihat yang Ida boleh buat adalah sehingga 60% dari pendapatan bersih Ida. Mengikut pengiraan, Ida mampu bayar dan kerana itu bank percaya untuk memberi hutang tadi kepada Ida. Jumlah hutang 60% dari RM5000 adalah RM3000.

Seterusnya Ani mempunyai pendapatan sebanyak RM30,000 sebulan. Semestinya Ani akan membeli rumah dan kereta yang jauh lebih selesa malah mewah bagi Ida. Mungkin juga Ani mempunyai lebih dari sebuah rumah. Ani bekerja sebagai Ketua Cawangan di salah satu syarikat terkemuka di Malaysia. Pengalaman bekerja selama 10 tahun di syarikat yang sama dan mendapat kenaikan gaji 5-10% setiap tahun juga berjaya naik pangkat 4 kali dalam tempoh 10 tahun. Pihak syarikat Ani juga rekomen Ani kepada pihak bank kerana Ani adalah aset kepada syarikat. Katakan secara total hutang Ani adalah 65% dan berjumlah RM19,500. Jumlah yang besar bagi Ida namun sedikit bagi ani dan juga pihak bank kerana kemampuan Ani berbanding Ida.

Apa yang kita dapat belajar dari perbandingan ini? Hutang sedikit atau banyak adalah nilai yang berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jumlah pendapatan mereka dan keupayaan mereka untuk membayar hutang tadi. Adakah individu yang tidak membuat hutang itu lebih baik dari mereka berdua? Jawapannya tidak kerana agak mustahil atau si dia sebenarnya tidak bijak menggunakan keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya menggunakan kelebihan hutang ini. Namun ianya harus digunakan secara sihat. Ye inilah dia hutang sihat.

Apakah dia hutang tidak sihat?

Mudah jika kita berhutang lebih dari kemampuan kita. Berhutang sehingga 80-90% dari pendapatan kita dan kita hanya menggunakan pendapatan kita hanya untuk membayar hutang sahaja. Akhirnya kita hanya makan mee maggi setiap hari.

Hutang Negara Vs Hutang Individu

Jika kita faham penerangan Ida diatas maka kita faham situasi hutang negara kita sekarang. Penerangan lebih jelas dari chart dibawah. Hutang vs pendapatan.

hutang negara 2

Nota: Sumber gambar dari bank negara Malaysia

Sekian

Hidayah Ismail

Advertisements

Author: Hidayah Ismail

Saya Hidayah Ismail membantu ribuan sahabat menggandakan kewangan mereka di unit amanah public mutual. Juga menyediakan platform kepada mereka yang tak sabar ingin menjana pendapatan sebagai perunding unit amanah. Ramai yang pandai mencari duit tetapi tidak tahu cara prngurusan kewangan dengan betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.