Idola pelaburan tersohor dunia Warren Buffet

warren buffet

Tidak dapat dinafikan lagi pelaburan adalah salah satu gunung kekayaan dunia yang dipercayai oleh billionaire dunia dari dulu hingga sekarang. Kerana ini, maka ramailah antara kita ingin menjadi jutawan dengan cara pelaburan. Namun tidak ramai yang mahu menunggu dalam tempoh yang lama untuk menjadi kaya.

Kebanyakan dari kita mahu dalam tempoh yang singkat atau seboleh-bolehnya dalam tempoh sehari semalam atau secara magic sekelip mata. Kerana ketamakan inilah ramai antara kita akhirnya berputih mata akibat kehilangan kesemua wang yang ada malah ada juga yang kerugian wang pinjaman dari bank. Lebih teruk pinjaman dengan along.

Betulkan pemahaman

Pelaburan perlukan jangka masa yang panjang dan tiada jalan singkat bagi mengumpul kekayaan dari pelaburan wang. Guru pelaburan telah pun membuktikan formula 72 untuk pelaburan wang. Apakah ia formula 72 ?

Peraturan 72 adalah formula mudah digunakan untuk menganggarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan. Peraturan 72 terutamanya digunakan dalam keadaan cuff di mana seorang individu perlu membuat pengiraan cepat dan bukannya mengolah masa yang tepat untuk menggandakan pelaburan. Juga, seseorang lebih cenderung untuk mengingati peraturan 72 daripada formula tepat untuk menggandakan masa atau mungkin tidak mempunyai akses kepada kalkulator yang membolehkan logaritma:

Tahun berganda = 72 / Kadar Faedah

Sebagai contoh; Ida labur 200K pada tahun 2010 dengan potensi dividen 10% setiap tahun, pada tahun ke berapakah duit Ida berganda sekali ganda?

Jawapan : Pada tahun ke 2017. Cara kiraan:  72/10 = 7.2 bermaksud selepas 7.2 tahun duit 200K akan jadi 400K. senang kan.

Nasihat Warren Buffet

  1. Ada 2 peraturan pelaburan, peraturan 1; Jangan hilang wang anda dan peraturan ke2; lihat semula peraturan 1.
  2. Harga dan Nilai adalah berbeza; Harga adalah apa yang anda bayar manakala Nilai adalah yang kita dapat.
  3. Pulangan tinggi risiko rendah; Setiap pelaburan ada risiko dan pulangan, sebelum mulakan pelaburan ambil tahu ratio risiko vs pulangan.
  4. Berkawan dengan orang yang betul; Kita adalah siapa kawan-kawan kita, mahu berjaya dan kaya, berkawanlah dengan mereka yang berjaya dan kaya.
  5. Mudah lihat masa lampau berbanding masa depan; Dalam dunia pelaburan melihat apa yang sudah berlaku adalah lebih mudah berbanding apa yang bakal berlaku.
  6. Beli syarikat hebat; Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat
  7. Imej dan Reputasi; Ia mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi anda, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.
  8. OK untuk bermimpi kaya; Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.
  9. Melabur untuk jangka masa panjang; Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.
  10. Beli seolah-olah anda akan memegangnya selama-lamanya; Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.

Bersedia untuk melabur untuk selama-lamanya Langkah Mudah untuk Perancangan Pelaburan Berkesan !!!

 

 

Apa maksudnya melabur di Unit Trust tanpa duit poket?

Pelaburan di Unit Trust ada 2 cara, iaitu melalui duit poket ataupun bukan dari duit poket. Macam mana? Maksudnya selain tunai, kita boleh menggunakan duit KWSP Akaun 1. Namun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada dana -dana yang diluluskan oleh pihak KWSP sahaja. Senarai dana yang diluluskan goo.gl/BurdYR (sumber dari laman web KWSP).

Dimana duit kita dilaburkan?

Contoh apabila kita beli dana equity, maksudnya duit kita akan dilaburkan di bursa saham Malaysia ataupun pasaran saham dinegara yang terlibat (sila tanya consultant anda Perunding Unit Amanah di Hidayah Agency) Cumanya proses beli dan jual dilakukan oleh Fund Manager. Apabila kita membeli saham unit trust, maka dengan sengajanya kita mempercayai kredibiliti Fund Manager untuk uruskan wang kita. Sebab itu, saya kata pentingnya kita pilih fund manager terbaik di UTMC yang terbaik. Morning star awards goo.gl/9Lmdoa.

Berapa minimum untuk melabur di Unit Trust?

Nilai minimum adalah berbeza-bea mengikut UTMC, secara purata adalah RM500 ke RM1000. Bila anda bersetuju untuk melabur, bukan berapa jumlah minimum, tapi yang penting adalah berapa jumlah yang anda nak ada selepas tempoh pelaburan (3/5/10tahun) kerana pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa sederhana ke panjang.

Berapa purata pulangan unit trust?

Pulangan akaun simpanan  = 1-2 %

Pulangan simpanan tetap (fixed deposit) = 3-4%

Potensi pulangan unit trust = 8-10% wahhhhh, jom baca kat bawah

Pulangan unit trust adalah unik untuk setiap fund, potensi dividend adalah 8-10% setiap tahun secara purata selepas 3thn, 5thn ataupun 10tahun. Formula yang diguna diseluruh dunia ialah rules 72.

Peraturan 72 adalah formula mudah digunakan untuk menganggarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan. Peraturan 72 terutamanya digunakan dalam keadaan cuff di mana seorang individu perlu membuat pengiraan cepat dan bukannya mengolah masa yang tepat untuk menggandakan pelaburan. Juga, seseorang lebih cenderung untuk mengingati peraturan 72 daripada formula tepat untuk menggandakan masa atau mungkin tidak mempunyai akses kepada kalkulator yang membolehkan logaritma:

Tahun berganda = 72 / Kadar Faedah

Sebagai contoh; Ida labur 200K pada tahun 2010 dengan potensi dividen 10% setiap tahun, pada tahun ke berapakah duit Ida berganda sekali ganda?

Jawapan : Pada tahun ke 2017. Cara kiraan:  72/10 = 7.2 bermaksud selepas 7.2 tahun duit 200K akan jadi 400K. senang kan.

Mahal tak kos pengurusan unit trust?

Bila kita menggunakan khidmat UTMC, semestinya ada bayaran;

Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian 3-5.5% bergantung kepada UTMC.

Management fee : dikenakan setahun sekali

Trustee fee : dikenakan sekali seumur hidup

Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain

Redemption fee : Tiada

Namun ada UTMC (Public Mutual) yang menawarkan yuran percuma untuk fee diatas selepas pelabur biasa menjadi pelabur Mutual Gold. Malah ada banyak lagi keistimewaan lain khas buat pelabur Mutual Gold.

Ini contoh pulangan dari antara fund yang terbaik.

WhatsApp Image 2018-02-12 at 18.08.26

 

 

Apa itu Unit Trust ?

Unit Trust = Unit Amanah = Saham Amanah

Unit Trust adalah satu tabung duit orang ramai yang dikumpulkan dalam satu dana untuk dilaburkan dan di kelola oleh Fund Manager (Pengurus Dana) dibawah UTMC berdaftar dan dipantau oleh Suruhanjaya Security.

Konsep Unit Trust adalah tidak sama dengan ASB, ASB ada dividend + bonus.

Unit Trust ada dividend + bonus dan perbezaan harga seunit.

UTMC = Unit Trust Management Company = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

Setakat 28 Feb 2017, terdapat 36 UTMC di Malaysia, UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Antara UTMC di Malaysia ialah Public Mutual, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.

Fund = Dana = Tabung

Setakat 28 Februari 2017, terdapat 639 dana yang diluluskan oleh seruhanjaya securiti dan 437 dana konversional dan 202 dana patuh shariah. Sumber goo.gl/RQ7S5t.

Untuk melabur di Unit Trust, pemilihan dana dan UTMC adalah sangat PENTING. Kerana pulangan dividend setiap dana adalah berbeza, Pemilihan UTMC pula penting kerana banyak benefit selain dividend yang UTMC sediakan kepada pelabur. Erti kata lain, Pilihla Consultant yang bagus dari UTMC yang terbaik untuk memilih dana terbaik kepada kita sebagai pelabur. Ambil masa duduk dan dengar apa kata consultant anda.

Unit Trust Consultant = Agent Unit Trust = Perunding Unit Amanah

Mereka adalah freelancer yang akan share apakah pro dan contra melabur di unit trust secara jujur dan amanah.  Senarai perunding Unit Amanah di Hidayah Agency Perunding Unit Amanah di Hidayah Agency   

Untuk temujanji dengan kami klik disini ;  goo.gl/FZD4J9